Menyelam Skuba | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Malaysia pesat berkembang menjadi salah satu destinasi penyelaman skuba terkemuka di dunia dan mempunyai salah satu habitat laut terkaya di lengkungan Indo-Pasifik. Gandingan biodiversiti hidupan laut yang menakjubkan serta pulau-pulau yang menarik yang dilengkapi dengan pantai yang putih bersih dan air laut yang hangat telah memikat para penyelam untuk kembali berulang-kali. Tapak-tapak selaman skuba yang popular di sekitar Malaysia menyediakankan pelbagai bentuk dasar laut termasuk terumbu karang, terumbu dinding, rumpunan batu karang serta tapak bagi selaman laut dalam dan selaman kapal karam. Selaman ke dalam laut hangat yang nyaman menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan kepadatan hidupan marin eksotik beraneka warna yang sukar ditandingi di serata dunia. Dari sekumpulan jerung Hammerhead hingga ke kumpulan besar ikan alu-alu dan pelbagai spesis penyu serta keganjilan ikan Frogfish dan Ghost Pipefish, pasti ada sesuatu yang menarik menanti anda. Tidak keterlaluan jika dikatakan setiap kali tinjauan biodiversiti dijalankan di kawasan laut tropika Malaysia, jumlah spesis hidupan laut semakin bertambah! Terdapat banyak pusat penyelaman skuba di Malaysia dan kesemuanya mempunyai kelengkapan yang sempurna serta diperakui agensi penyelaman skuba antarabangsa seperti PADI, SSI dan SSAC kerana mengekalkan standard keselamatan dan profesionalisme. Sememangnya kesemua kursus penyelaman skuba di Malaysia juga diiktiraf oleh agensi-agensi tersebut. Sebaik sahaja anda lulus kursus menyelam skuba, pakailah kelengkapan selaman terkini yang boleh didapati di mana-mana pusat penyelaman skuba di sini. Hampir kesemua pulau di sini menawarkan jenis-jenis tapak selaman skuba yang bersesuaian bagi para penyelam yang mempunyai pelbagai tahap pengalaman – dari selaman skuba di laut yang cetek dan mudah hingga ke selaman kapal karam yang lebih rumit. Memandangkan lokasinya di tengah-tengah lengkungan Indo-Pasifik iaitu kawasan paling kaya dengan biodiversiti laut di dunia, Malaysia juga menawarkan pantai yang putih bersih serta pusat penyelaman profesional untuk keselamatan dan keseronokan para penyelam, sama ada yang mahir mahupun yang masih baru. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tips | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jika anda mahu mengikuti aktiviti menyelam skuba, cubalah menempah pakej dengan agensi pelancongan yang dapat menyediakan khidmat penyelaman skuba, makanan dan tempat penginapan. Ini adalah cara terbaik untuk menikmati penyelaman skuba yang menyeronokkan dan dapat menjimatkan wang. Selain itu, kawasan laut juga akan bergelora dan air menjadi keruh sewaktu musim tengkujuh di pantai timur (November – Mac), jadi cubalah aktiviti menyelam skuba di luar kawasan ini. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Terokai Keajaiban Dasar Laut Malaysia. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Kamis, 10 Maret 2011
manyelam
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar