Busur
Replika busur komposit lama
Busur adalah sejenis alat
senjata pelancar untuk melepaskan
anak panah. Ia dipercayai dicipta pertama kali semenjak zaman pra-sejarah lagi dan merupakan antara senjata terawal yang digunakan manusia. Menurut sejarah, busur dan panah merupakan senjata paling moden, sehingga kemunculan serbuk letupan yang membawa kepada penciptaan senjata api seperti senapan dan pistol lantak.
Jenis busur
Terdapat beberapa jenis busur yang dibezakan daripada bentuk dan dan konsep mekanikalnya. Konsep mekanikal busur adalah cara busur tersebut bertindak dengan efektif melepaskan tenaga yang tersimpan didalam busur demi melancarkan anak panah. Berikut adalah beberapa jenis busur yang biasa ditemui di serata dunia.
Busur recurve
Recurve membawa pengertian
membengkok kembali semula. Terdapat satu perbezaan besar busur ini dengan jenis busur yang lain dari segi rekabentuk mekanikalnya iaitu bahagian lengan lengan busur jenis ini membengkok kehadapan pemanah dan bukan kearah diri pemanah. Busur ini mendapat tenaga dari tekanan dan dan regangan yang terhasil dari bentuknya yang bengkok kehadapan. Busur jenis ini adalah satu-satunya busur yang dipertandingkan di peringkat
Olimpik.
Busur majmuk
Busur jenis ini adalah busur moden. Ia direkabentuk semata-mata untuk mengurangkan beban menarik (
draw weight) dan dalam masa yang sama untuk menambah daya yang digunakan untuk melepaskan anak panah. Ia mempunyai roda di kedua-dua lengan dan bergantung kepada daya mekanikal rekabentuk dan bukan keanjalan lengan busur untuk melepaskan anak panah.
Busur lurus
Busur lurus adalah busur yang dibuat dari kayu yang lurus dan tanpa lengkuk atau roda. Ia bergantung semata-mata keatas daya keanjalan yang tersimpan di dalam bahan yang digunakan untuk membuat busur itu (kebiasaannya kayu atau buluh).
Busur silang
Secara dasarnya, busur silang adalah busur
recurve atau majmuk. Perbezaannya adalah ia dimuatkan di atas perumah berbentuk senapang. Pemanah hanya perlu memasang anak panah, menarik dan menguncinya di perumah senapang tersebut. Untuk melepaskan anak panah, pemanah hanya perlu menarik picu tersebut. Oleh kerana busur ini mudah digunakan, tidak memerlukan tenaga yang kuat untuk dikendalikan dan lebih konsisten, maka ia kebanyakan digunakan di dalam perperangan pada zaman dahulu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar